Tahanan ditemui mati tergantung dalam lokap

Tahanan ditemui mati tergantung dalam lokap

Tawau: Seorang tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri di dalam lokap sementara di Pejabat Penguatkuasa Kastam, di sini, petang tadi.

Kejadian disedari petugas lokap pada jam 2.40 petang sebelum memaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis dikerah le lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, siasatan terus dijalankan dan mendapati tahanan adalah seorang lelaki berusia 42 tahun.

“Lelaki terbabit ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|