TABS SAFA Bandaraya serah sumbangan kepada keluarga mendiang Mc Drint

TABS SAFA Bandaraya serah sumbangan kepada keluarga mendiang Mc Drint

Kota Kinabalu: Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya Kota Kinabalu tampil memberi sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga mendiang bekas pemain skuad Piala Belia Sabah, Mc Drint Manus yang meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas jalan raya, baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim kepada abang sepupu mendiang, Sarjan Mejar David Amit bagi pihak keluarganya.

Lokman berkata, pengurusan TABS terkejut dan sedih atas pemergian pemain pertahanan yang baru berusia 23 tahun itu.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang terutama kedua ibu bapanya yang ketika ini berada di Keningau,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha TABS, Amsir Abdullah; Ahli Jawatankuasa TABS, Moksin Dusin; Ketua Jurulatih TABS, Matasan Ahmad dan beberapa jurulatih.

Mendiang Mc Drint juga adalah bekas pemain bola sepak Kota Kinabalu selain pernah menjadi pelatih dan pemain TABS.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|