Suami isteri mengaku bersalah palsukan dokumen

Suami isteri mengaku bersalah palsukan dokumen

Kota Kinabalu: Pasangan suami isteri mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan kontrak Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah.

Tertuduh pertama, Mohd Terus Megin, 49, kemudiannya dijatuhi hukuman denda RM24,000 selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, isterinya Rosnizah Jamilide, 31, memohon tarikh baru untuk dijatuhkan hukuman dan mahkamah bersetuju sebelum menetapkan 4 Ogos depan untuk menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, Mohd Terus bersama isterinya Rosnizah mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu berkenaan untuk tujuan menipu bagi mendapatkan tender berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F Mirchelle Sambatan manakala diwakili peguam dari JPKeruak Advocates & Associates.

– Deasoka

Suami isteri mengaku bersalah mengunakan dokumen palsu di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, hari ini. (Gambar ihsan SPRM Sabah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|