Peniaga didenda RM24,000

Peniaga didenda RM24,000

Tertuduh, Junaidah Majin, 44, yang membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, boleh dipenjarakan selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Difahamkan, dokumen berkenaan digunakan bagi mendapatkan kontrak tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama sebuah sekolah di Kota Belud, bersama suaminya, Mohammad Ashpawi Mohd Yahya, 51.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dibuat pada 24 November 2016 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, apabila kedua-dua tertuduh dengan niat bersama menggunakan satu penyata akaun bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Sebelum ini, mahkamah turut merekodkan pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh pada 15 Mac lalu namun menetapkan Isnin depan untuk proses menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F Mirchelle Sambatan manakala tertuduh diwakili peguam dari JPKeruak Advocates & Associates.

Sementara itu mahkamah turut menetapkan tarikh 4 Ogos depan bagi keputusan hukuman kepada Mohd Ashpawi.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|