STAR harap PM baharu kembalikan hak Sabah Sarawak

STAR harap PM baharu kembalikan hak Sabah Sarawak

Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meletakkan harapan agar Perdana Menteri dan Kabinet baharu persekutuan yang akan dibentuk memberi keutamaan kepada usaha mengembalikan hak perlembagaan Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata pada masa yang sama kepemimpinan baharu kerajaan persekutuan itu juga perlu menunaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak Sabah, STAR berharap Perdana Menteri baharu akan mengikuti jejak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara terbuka menyuarakan simpati terhadap perjuangan Sabah dan Sarawak.

“Apa yang ideal, semua parti tempatan di Sabah dan Sarawak harus bekerja bersama sebagai satu pasukan. Ini peluang kita untuk menguatkan suara politik dan membebaskan diri kita daripada kebergantungan politik dan kewangan kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata beliau turut kecewa dengan situasi politik yang berlaku di Semenanjung.

Katanya, adalah tidak elok dan tidak bertanggungjawab bermain dengan politik ketika semua pihak sepatutnya melakukan apa saja yang termampu untuk mengatasi kesukaran rakyat dan menjana ekonomi.

“Malangnya, semua sudah berlaku, saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,151 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!