SPRM tahan pengurus besar agensi kerajaan, terima suapan RM8,000

SPRM tahan pengurus besar agensi kerajaan, terima suapan RM8,000

Kota Kinabalu: Seorang pengurus besar di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima suapan bernilai kira-kira RM8,000.

Lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi oleh SPRM Cawangan Tawau.

Menurut sumber, suspek berkenaan dipercayai menggunakan kedudukannya untuk meluluskan baucar bayaran pada tahun 2018 sedangkan kerja-kerja itu dilakukan suspek sendiri.

Difahamkan lelaki terbabit dilepaskan dengan Bon Jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 23 (1), Akta SPRM 2009 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada 3 Disember depan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|