Sokong Ketua Menteri beri kelonggaran SOP di Sabah: SEAC

Sokong Ketua Menteri beri kelonggaran SOP di Sabah: SEAC

Kota Kinabalu: Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) menyokong penuh pendekatan Ketua Menteri dalam memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi dan sosial yang diumumkan baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri David Chu berkata, Datuk Seri Hajiji Noor mendapat dokongan penuh daripada barisan kabinet negeri dan akan membantu memulihkan ekonomi Sabah yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengalukan Sabah untuk mengemukakan kenyataan berkenaan prosedur operasi standart (SOP) secara harian selama ini, jadi bagi ia ditarik semula adalah tidak masuk akal.

“Sabah telah menangani pandemik Covid-19 secara baik jika berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dari pelbagai segi termasuklah populasi dan sebagainya.

“Adalah tidak logik sekiranya mahu dibandingkan pengertian ekonomi disamakan Sabah dengan negeri lain yang mempunyai jumlah peningkatan kes yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, Chu turut menambah, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ ketika penularan kes tinggi, sedikit masa lalu, tidak pula memaksa negeri-negeri di Semenanjung turut melakukan yang serupa.

“Kenyataan Hajiji untuk membenarkan aktiviti dine in di dalam restoran dan kebenaran aktiviti lain adalah untuk membantu memulihkan ekonomi daripada pandemik yang mana bertepatan dengan objektif Kerajaan Persekutuan.

” SEAC memohon Kerajaan Persekutuan supaya mengguna pakai polisi SOP lebih pragmatik bagi membolehkan Sabah mengeluarkan SOP sendiri.

” Pemimpin Kerajaan Sabah lebih mengetahui keadaan di negeri ini berbanding pemimpin-pemimpin Persekutuan, untuk lebih adil, mereka (Persekutuan) tidak boleh secara berlebihan untuk memberi sekatan kepada negeri yang mempunyai tahap kes Covid-19 terkawal,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|