Sidang DUN Sabah: MoU bantu majukan sukan, lahirkan atlit Sabah

Sidang DUN Sabah: MoU bantu majukan sukan, lahirkan atlit Sabah

Kota Kinabalu: Memorandum Persefahaman (MoU) yang diwujudkan antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertujuan untuk membantu memajukan sukan di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, menerusi kepakaran yang ada di UMS ini dapat membantu kementerian untuk memajukan sukan.

“Itu sebenanrnya kita menandatangani MoU itu, kita ada kepakaran di UMS dan kita guna mereka untuk membantu kia memajukan sukan seperti dulu.

“Mudah-mudahan, pengkalan data ini kita dapat mengenal pasti bakar dan fokuskan. Bukan itu saja, tetapi kita juga melihat sukan-sukan yang lain supaya atlet yang minat dengan sukan mereka itu dapat kita majukan untuk berkasi bukan saja di Sabah tetapi di peringkat antarabangsa,” katanya dalam ucapan penggulunggannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) berhubung jika Kementerian Belia dan Sukan mempunyai pengkalan data untuk melahirkan ahli sukan dari daerah-daerah lain di negeri ini.

Sebelum itu, dalam ucapan Ellron memaklumkan bahawa MoU itu adalah jaringan kerjasama dan perkongsian pintar
bertujuan untuk mengenal pasti sukan-sukan berprestasi tinggi berasaskan potensi kemajuan sukan di Sabah.

“MOU ini juga meliputi penilaian dan pengujian mengikut spesifikasi sukan, khidmat nasihat secara profesional,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan penggulungannya turut menyebut berhubung Dewan Belia Sabah (DBS) diperkenalkan untuk menyiapkan belia Sabah berusia 18 tahun sebagai pengundi dan terlibat dalam aktiviti politik secara sihat.

“DBS diperkenalkan untuk membuka peluang kepada belia seawal 15 hingga 30 tahun untuk mewakili suara belia daripada 73 DUN di Sabah.

“Dewan Belia Sabah (DBS) berfungsi sebagai platform untuk menyampaikan isuisu berbangkit serta mengemukakan cadangan penambahbaikan daripada golongan belia yang boleh membangunkan kesejahteraan belia dan masyarakat di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu, Ellron berkata, bagi mencapai matlamat itu, kementeriannya akan melaksanakan program kepimpinan belia yang meliputi Pendidikan Politik di peringkat Sekolah Menengah, program Outreach Leadership Non-Finito (Program yang belum selesai) dan Kecemerlangan Kepimpinan Belia Negeri Sabah.

“Fokus pelaksanaan program ini ialah di kawasan-kawasan luar bandar bagi menyantuni belia untuk mendapatkan data dan isu-isu
setempat berkaitan belia.

“Antara pengisian program adalah Program Dialog Bersama Belia dan Komuniti Luar Bandar yang membincangkan isu-isu setempat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|