Sepanggar boleh jadi ‘role model’ perpaduan

Sepanggar boleh jadi ‘role model’ perpaduan

Kota Kinabalu: Masyarakat pelbagai kaum dan agama yang hidup aman damai serta harmoni di Sepanggar boleh menjadi ‘role model’ perpaduan di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata beliau meletakkan harapan kepada rakyat Sepanggar untuk mengekal dan mengukuhkan imej perpaduan sedia ada sebagai contoh kepada masyarakat luar.

Majlis Mesra Krismas bersama Yakub di Inanam.

“Diharap agar Sepanggar menjadi ‘role model’ kepada Malaysia yang mana rakyatnya hidup aman damai dan harmoni dengan pelbagai kaum dan agama,” katanya pada Majlis Mesra Krismas bersama beliau di Inanam, malam ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata sambutan perayaan perlu dijadikan medium untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam masyarakat berbilang kaum dan agama terjalin selama ini.

Yakub bersama pemimpin mewakili pelbagai kaum dan agama pada Majlis Mesra Krismas di Inanam.

Beliau mengingatkan, amalan hidup berpuak-puak tidak harus diamalkan atau dibiarkan bertumbuh dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Malam ini istimewa kerana bersama-sama rakan-rakan yang akan merayakan Hari Natal.

Perayaan ini adalah pengerat silaturahim di antara kita. Janganlah kita mempunyai hasrat berpuak-puak,” katanya.

Beliau turut menyatakan hasratnya untuk melihat majlis sambutan perayaan seperti malam ini menjadi wadah penyatuan rakyat, khususnya di Sepanggar.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|