Penampang: Seorang pemandu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ramayah, di sini, petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Jamaludin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.17 petang.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Axia selepas terbabit kemalangan di Jalan Ramayah, Penampang.
Gambar ihsan Bomba
Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Penampang dengan sembilan anggota ke tempat kejadian.
“Kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia dan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max.
Pegawai bomba memeriksa keadaan mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Axia. Gambar ihsan Bomba
“Pemandu Perodua Axia lelaki tersepit di dalam kereta dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pasukan polis mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Ramayah, Penampang. Gambar ihsan Bomba
Menurutnya, mangsa yang maut, Zursidin Nordin, 28 tahun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, tiga individu yang berada di dalam pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan.
-Deasoka