Kota Kinabalu: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Semporna kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi.
Gempa berukuran 3.2 skala richter itu dikesan berlaku di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur di Semporna.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, mengesahkan gempa bumi itu dikesan 10 kilometer selatan dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer.
Katanya, gegaran itu juga mungkin dapat dirasai di sekitar Semporna dan Kunak.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan itu.
-Deasoka