Hajiji terima sumbangan peralatan PPE daripada FSI, MCCC Sabah

Hajiji terima sumbangan peralatan PPE daripada FSI, MCCC Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan daripada dua organisasi, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini.

Dua organisasi terbabit ialah Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) cawangan Sabah.

FSI menyumbang sebanyak 1,000 kotak pelitup muka jenis KN95 yang disampaikan oleh Presidennya, Richard Lim bersama Timbalannya, Datuk Harun Ismail dan Naib Presiden FSI, Natalie Fung dan Dino Ang.

Sementara itu, MCCC Sabah yang diwakili oleh Presidennya, Michael Chin menyumbang pelbagai peralatan perlindungan diri, antaranya pelitup muka, baju PPE dan sarung tangan.

Bagi pihak kerajaan negeri, Hajiji mengucapkan terima kasih kepada FSI dan MCCC Sabah kerana menyumbang PPE untuk kegunaan pasukan barisan hadapan.

“Usaha memerangi pandemik Covid-19 memerlukan sokongan, dokongan dan penglibatan semua pihak, termasuk rakyat jelata yang wajib terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Yang turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN), Datuk Masnah Matsalleh.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|