Sedia adakan sidang DUN: Hajiji

Sedia adakan sidang DUN: Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk persiapan sidang DUN tersebut.

“Kami akan meminta nasihat daripada MKN terlebih
dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya.

Hajiji berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan
Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim Yahya, semalam.

Ia susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin, baru-baru ini.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|