Saya ‘okay’ saja – N Thanabalan

Saya ‘okay’ saja – N Thanabalan

Kota Kinabalu: Pemain Sabah FC, N Thanabalan yang menjadi sasaran komen berbaur perkauman baru-baru ini tidak menghiraukan sangat mengenai perkara itu.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya hari ini, beliau juga tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu, selain mengakui pasti ada yang buat hal dalam sekumpulan ramai orang.

“Hi semua, Thana nak ‘share’ yang saya okay sahaja tentang isu baru-baru ini. Apa yang berlaku bukan salah siapa-siapa, dalam 1,000 orang pasti ada satu yang selalu buat hal, jadi kita tak perlu salahkan mana-mana pihak.

“Kepada fans @sabahfc, you guys memang terbaik! Selama beberapa bulan saya di Sabah, kamurang mimang the best bosku!!! Bah, malam ini kita kasi jadi!,” katanya.

Sabah FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi timbal balik atau pusingan kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan yang bermula jam 9 malam ini.

Dalam aksi pertama di Stadium Likas Jumaat lalu, Sabah FC tunduk 2 – 0 ke atas JDT melalui dua gol pada minit keempat dan ke-13 separuh masa pertama perlawanan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|