Gambar ihsan JKM Sabah.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan Bantuan Perihatin Covid-19 3.0 melibatkan peruntukan RM154. 8 juta.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan medianya hari ini berkata, bantuan ‘One-Off’ melibatkan jumlah RM 120,469,481 kepada 370,432 orang.
Penerima tersebut terdiri daripada anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja.
“Kerajaan Negeri juga memperuntukan RM34,366,500 untuk 343,665 bakul makanan kepada golongan e-Kasih, golongan B40 dan Home Quarantine yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 1 hingga
14 Jun 2021,” katanya.
-Deasoka