Sabah terpilih lagi tuan rumah Hari Malaysia

Sabah terpilih lagi tuan rumah Hari Malaysia

Kota Kinabalu: Negeri Sabah dipilih sekali lagi sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sambutan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) tanggal 16 September akan datang.

Beliau berkata, perkara berkenaan telah mendapat kata putus menerusi mesyuarat jawatankuasa induk Hari Malaysia secara maya bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, pada Selasa.

Bung Moktar ketika menghadiri mesyuarat secara maya bersama Saifuddin, pada Selasa.

“Bagi pihak kabinet negeri , kami berterima kasih dan menghargai keputusan Kerajaan Pusat atas kepercayaan dan penghormatan yang diberikan untuk Sabah sekali lagi menganjurkan program ini” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar dalam kenyataan yang sama, beliau selaku Pengerusi bersama Jawatankuasa penganjur Hari Malaysia peringkat negeri berkata, pihaknya akan memastikan kelancaran program dengan melaksanakan beberapa siri mesyuarat pelaksana.

Jelasnya lagi, ini melihat kepada isu-isu seperti pandemik Covid-19 dengan sambutan diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standart (SOP) yang ketat.

“Ia bakal berlangsung di lokasi tertutup dengan memastikan penjarakkan sosial, kehadiran terhad yang dianggarkan hanya sekitar 500 orang.

“Bagaimanapun, ianya bergantung kepada situasi semasa penularan pandemik Covid-19 di negeri ini “ katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|