Sabah terima 628,390 dos vaksin

Sabah terima 628,390 dos vaksin

Kota Kinabalu: Sabah telah menerima sejumlah 628,390 dos vaksin atau 254,565 vial bagi vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, untuk kegunaan rakyat di negeri ini setakat 28 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, setakat tempoh yang sama juga, sebanyak 555,761 dos sudah digunakan untuk dos satu dan dua bagi tiga jenis vaksin itu.

“Baki vaksin kini adalah sebanyak 72,598 dos.

“Setakat ini juga, sebanyak 152 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah yang antaranya membabitkan fasiliti kesihatan selain hospital dan klinik swasta serta dewan dan premis swasta yang dijadikan PPV sebagai projek CSR (tanggungjawab sosial korporat),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimatnya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang hadir sempena majlis penyerahan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Bagi program mobile outreach, beliau berkata sebanyak 16 daerah yang terbabit dengan 20 pasukan klinik bergerak serta 195 lokaliti.

“Sebanyak 19,310 dos vaksin (dos 1) telah diberikan membabitkan jenis Pfizer dan Sinovac,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|