SPRM tahan anggota polis

SPRM tahan anggota polis

Kota Kinabalu: Seorang anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima wang rasuah, hari ini.

Lans Koperal yang bertugas di salah sebuah daerah di negeri itu ditahan selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM3,500.

Menurut sumber, wang berkenaan diminta daripada seorang lelaki warga Pakistan sebagai balasan untuk memulangkan semula barangan ditahan.

Katanya, barangan yang dimaksudkan adalah sebuah motosikal, buku hutang dan passport milik warga Pakistan terbabit.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan di sebuah daerah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

“Turut dirampas, wang tunai sebanyak RM3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Suspek akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|