Sabah memasuki Fasa Kedua PPN

Sabah memasuki Fasa Kedua PPN

Putrajaya: Negeri Sabah akan memasuki Fasa Kedua dalam rancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, keputusan itu dibuat pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang diadakan di Putrajaya, hari ini.

Katanya, keputusan dibuat selepas meneliti laporan peralihan fasa bagi semua negeri yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan.

“Sidang khas yang membabitkan semua agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) itu membuat penelitian bagi melihat nilai-nilai ambang atau ‘threshold’ negeri ini.

“Sidang Khas MKN kemudiannya bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah dari fasa satu ke fasa dua, berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Ismail berkata, peralihan bagi fasa PPN bagi Sabah akan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2021 ini.

Katanya, maklumat lanjut berhubung semua kebenaran yang ditetapkan bagi fasa dua boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|