‘Tatap’ GRS, Hajiji hargai komitmen Bung

‘Tatap’ GRS, Hajiji hargai komitmen Bung

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) amat menghargai pendirian Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang konsisten dengan komitmen terus bersama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, kenyataan terbuka itu menzahirkan komitmen padu semua kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat yang telah memilih kerajaan ini mengemudi pentabdiran negeri.

“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri.

‚ÄúCabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Hajiji selaku Pengerusi GRS, pihaknya amat menghargai pendirian Bung Moktar yang terus bersama dengan kepimpinan kerajaan di negeri Sabah.

Tambah beliau, perjuangan demi rakyat perlulah diterjemah dengan komitmen semua pemimpin bagi memberi fokus, bekerjasama dan bersatu padu untuk keluar daripada permasalahan ini.

-Deasoka

Share

Written by:

465 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!