Tuaran: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa bekerja keras untuk menjayakan intipati dan hala tuju Sabah Maju Jaya bagi membangunkan ekonomi negeri yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.
Naib Ketua BERSATU Bahagian Tuaran, Datuk Johari Saiman berkata, ia juga seterusnya memperjuangkan nasib Ahli BERSATU dan rakyat jelata seluruhnya dengan pelbagai pelan tindakan di bawah SABAH MAJU JAYA.
“Untuk membina negeri dan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur dan sejahtera dan kerajaan juga perlu mengoptimumkan sumber dan hasil negeri.
“Selain itu, pemulihan ekonomi juga perlu diransangkan dengan meningkatkan ekonomi rakyat dan membangunkan modal insan,” katanya ketika berucap membawa tujuh usul pada Mesyuarat Perwakilan BERSATU Bahagian Tuaran, 2021 yang diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah Kampung Lok Batik, di sini, hari ini.
Johari berkata, BERSATU Bahagian Tuaran juga ingin mengesyorkan agar kerajaan Pusat menyempurnakan segera segala kepentingan dan hak negeri sepertimana yang termaktub dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63).
Katanya, ia selari dengan Aku Janji Perikatan Nasional (PN) semasa PRN16 yang lalu iaitu memelihara dan memperjuangkan hak-hak negeri Sabah berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963.
“Manakala yang terakhir, usul keenam,
BERSATU Bahagian Tuaran juga berharap, agar kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi pertimbangan yang khusus kepada Sabah terutama dalam aspek yang berhubungkait dengan prasarana pembangunan, pendidikan dan juga perumahan rakyat,” katanya.
-Deasoka