Sabah layak ke Fasa 4 PPN mulai 8 November – Masidi

Sabah layak ke Fasa 4 PPN mulai 8 November – Masidi

Kota Kinabalu: Sabah layak beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 8 November ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Dalam perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) meskipun lebih banyak kelonggaran diberikan berikutan peralihan ke Fasa 4 PPN itu.

“Sabah layak beralih ke Fasa 4 PPN berkuatkuasa pada 8 November ini. Walaupun lebih banyak kelonggaran diberikan di bawah Fasa 4, pematuhan SOP perlu diteruskan,” katanya.

Sabah beralih ke Fasa 3 PPN sejak 18 Oktober lalu yang menyaksikan beberapa kelonggaran diberikan kepada penduduk negeri ini antaranya kebenaran rentas daerah yang diawalkan sejak 14 Oktober, manakala rentas negeri bermula 1 November.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|