Kota Kinabalu: Rakyat di seluruh negeri digesa supaya mengibarkan jalur gemilang dan bendera negeri dengan penuh rasa bangga serta patriotisme sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bulan kemerdekaan ini seharusnya menjadi platform bersama bagi semua rakyat Malaysia untuk memanfaatkan kekuatan demi kemajuan negara dan Sabah.
Ranger Kanan Taman Kinabalu, Engelbert Panil menerima jalur gemilang dan bendera negeri daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di PPNS, hari ini.
“Mari kita ketepikan semua perbezaan dan bersatu untuk mengatasi semua cabaran yang dihadapi negara terutama dalam memerangi wabak COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran bulan kemerdekaan peringkat negeri dan mengibarkan Jalur Gemilang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Hajiji turut menyampaikan bendera kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Dr Zulkapli Mohamed
Turut menerima jalur gemilang, Dewan Perndagangan dan Industri Tan Sri TC Goh, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dr Rahimatsah Amat dan Ranger Kanan Taman Kinabalu, Engelbert Panil.
Untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, jalur gemilang dan bendera negeri akan dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu oleh renjer taman yang diketuai oleh Engelbert.
Selain itu, lebih 20,000 bendera kebangsaan dan negari akan diedarkan kepada sektor awam dan swasta sempena bulan kemerdekaan tahun ini.
-Deasoka