Sabah gagal lagi, hanya satu mata

Sabah gagal lagi, hanya satu mata

Kota Kinabalu: Sabah FC sekali lagi gagal mengutip tiga mata selepas hanya seri 1 – 1 ketika menentang Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Lebih malang, gol awal diperolehi Kuala Lumpur pada separuh masa pertama dihadiahkan pemain Sabah FC selepas berlaku kesilapan hingga menyebabkan gol sendiri.

Gol percuma untuk pasukan lawan itu berpunca daripada tendangan Randy Baruh yang meluru ke gawang sendiri ketika berlaku asakan lawan di depan gawang Sabah pada minit ke-22.

lagi terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas hanya seri 1 – 1 ketika pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Sabah bernasib baik apabila pemain importnya, Levy Clement Madinda berjaya memanfaatkan sepakan percuma dari luar kotak penalti pasukan Kuala Lumpur hingga menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-65.

Kejayaan Levy itu terhasil ketika kontraknya bersama Sabah baru saja disambung selepas beliau bersetuju untuk menyambung khidmat dengan Sang Badak hingga akhir musim ini.

Sebelum ini, beliau dikhabarkan enggan meneruskan khidmat bersama Sabah selepas kontraknya tamat pada 31 Julai lalu disebabkan masalah keluarga.

Perlawanan malam ini turut menyaksikan beberapa pemain Sabah dilayangkan kad kuning berikutan insiden kekasaran terhadap pemain lawan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|