Sabah FC mampu kutip 3 mata lawan JDT

Sabah FC mampu kutip 3 mata lawan JDT

Kota Kinabalu: Tiga tonggak Sabah FC yakin pasukan mereka mampu meraih tiga mata penting jika semua pemain mengekalkan disiplin dan semangat juang tinggi ketika bertemu JDT, dalam saingan TM Piala Malaysia di Stadium Likas, Jumaat ini.

Pemain tengah, Hamran Peter, berkata kehadiran Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee membawa semangat baharu kepada pasukan untuk bermain lebih cemerlang dalam mengharungi baki saingan TM Piala Malaysia 2021.

“Kita lebih berkeyakinan berbanding sebelum ini. Bukan saya seorang saja tetapi semua pemain yakin dengan perubahan besar yang dilakukannya (Kim Swee),” katanya.

Sementara itu, pemain import dari Korea Selatan, Park Taesu menyifatkan corak latihan yang diterapkan Kim Swee sangat berkualiti dan berintensiti tinggi serta berjalan dalam suasana yang sangat baik.

Bagi pemain pertahanan muda Sabah FC, Abd Hanafie Tokyo Abd Hasim pula, beliau menyifatkan kehadiran Kim Swee sebagai penyelamat kepada pasukan Sabah FC.

“Sebagai pemain, saya nampak semua pemain banyak menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam latihan. Ini yang kita mahukan sebagai pemain. Lagi pun corak latihan pun bagus, berintensiti tinggi.

“Kalau saya diturunkan insyaAllah saya buat yang terbaik untuk Sabah. Kami sudah buat ‘training’ yang bagus, jadi tidak mustahil kita dapat tiga ‘point’, insyaAllah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|