Sabah catat 712 kes positif Covid-19

Sabah catat 712 kes positif Covid-19

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah, sekali lagi menunjukkan peningkatan drastik kepada 712 kes, hari ini, berbanding 516 kes semalam.

Ia boleh menjadi salah petunjuk bahawa masih ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun ketika dihubungi berkata, sebanyak 383 kes yang bersamaan 53.8 peratus adalah daripada jangkitan kontak rapat.

Katanya, ia diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 112 kes dan sarıngan bersasar iaitu sebanyak 88 kes.

“Dua kluster baharu yang dilaporkan hari ini ialah Kluster Jalan Mat Salleh, dengan merekodkan sembilan kes dan satu kes Kluster Nosoob Baru.

“Peningkatan kes ini menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi SOP sepenuhnya.
Ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi perintah kawalan pergerakan ditetapkan,” katanya.

Masidi berkata, peningkatan kes yang tinggi dalam kalangan kontak rapat juga menunjukkan lebih ramai pembawa virus dan kemungkinan mudah menjangkiti orang sekeliling.

“Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda. Oleh itu, masyarakat dinasihatkan untuk mematuhi SOP dan mengurangkan pergerakan keluar rumah kecuali perlu,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|