Sabah bakal terima Pesuruhjaya Polis baharu

Sabah bakal terima Pesuruhjaya Polis baharu

Kota Kinabalu: Sabah bakal menerima Pesuruhjaya Polis baharu bagi menggantikan Datuk Hazani Ghazali yang bakal dipindahkan ke Bukit Aman, September depan.

Hazani akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Beliau bakal digantikan oleh Datuk Idris Abdullah yang ketika ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran itu membabitkan 64 pegawai dan berkuatkuasa pada 6 September depan seperti diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah pada 9 Ogos tahun lalu, Hazani bertugas sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|