Lahad Datu: Sebuah rumah kontena yang digunakan sebagai bilik rehat milik Balai Polis Cenderawasih, terbakar di Jalan Tungku – Felda Sahabat, di sini, tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah malam.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan sebuah kontena milik Balai Polis Cenderawasih yang digunakan sebagai bilik rehat anggota terbakar 50 peratus.
Keadaan di dalam rumah kontena milik Balai Polis Cenderawasih yang terbakar. Pix / Ihsan Bomba
“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota polis menggunakan alat pemadam api dan air paip sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi terkawal jam 2.10 pagi.
“Operasi tamat sepenuhnya jam 2.15 pagi dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
-Deasoka