Rumah jadi penyimpanan rokok seludup diserbu

Rumah jadi penyimpanan rokok seludup diserbu

Kudat: Tindakan seorang lelaki menjadi rumahnya sebagai stor penyimpanan rokok di Kampung Pengaraban, di sini, terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu lokasi itu, semalam.

Operasi Ops Benteng kira-kira jam 5 petang itu, menemukan 210 bungkus rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2,755.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, Asisten Superintendan Rizauddin Selamat berkata, ketika menjalankan Op Benteng Covid-19 PPM Kudat menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas rumah itu menemukan sejumlah 210 bungkus rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai.

“Anggota PPM turut menahan lelaki berusia 26 tahun dan nilai keseluruhan rampasan RM2,755.

“Tangkapan dan rampaaan di bawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|