Beberapa kawasan di KK, Penampang dinaiki air

Beberapa kawasan di KK, Penampang dinaiki air

Kota Kinabalu: Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk jalan utama di daerah ini dan Penampang, di sini, dinaiki air.

Laluan dibeberapa jalan utama turut terganggu berikutan paras air yang semakin dalam hingga menyukarkan pergerakan terutama kepada kenderaan kecil.

Antara laluan iaitu Jalan Sulaman berhampiran bangunan pusat beli-belah One Borneo; Jalan Lintas; Jalan Tuaran Lama; Jalan Batu 7 Inanam dan beberapa laluan utama di Penampang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat beberapa panggilan kecemasan daripada pengguna jalan yang terperangkap di dalam banjir.

Banjir kilat di hadapan Gereja SDA Likas, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Gambar ihsan pembaca.

“Seramai sembilan anggota digegaskan ke lokasi menggunakan jentera serta pasukan EMRS untuk pemeriksaan dan pemantauan.

“Namun setakat ini tidak ada pemindahan mangsa dilakukan dan pemantauan akan terus dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan banjir daripada penduduk di daerah terbabit.

Katanya hanya satu panggilan diterima jam 4.54 petang membabitkan pokok tumbang di laluan Jalan Nobunsu menuju ke Pogun Tagazo.

Tambahnya, sembilan pasukan bomba yang bergegas ke lokasi melakukan operasi memotong pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.

“Pasukan bomba kini sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan sebarang operasi termasuk kecemasan jika diperlukan,” katanya.

– Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|