Rumah ibadat laksana persediaan sederhana Deepavali

Rumah ibadat laksana persediaan sederhana Deepavali

Kota Kinabalu: Meskipun disambut dalam situasi pandemik Covid-19, persediaan menyambut perayaan Deepavali akan terus dilaksanakan tetapi dalam keadaan sederhana.

Antara lokasi yang dijangka menjadi pusat sambutan berkenaan adalah di Kuil Sri Pasupathinath Alayam, di sini.

Tinjauan mendapati semua persiapan termasuk penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) sudah dirangka bagi memastikan upacara sembahyang sempena Deepavali berjalan lancar.

Presiden Kuil Sri Pasupathinath Alayam, Datuk Dr K Mathavan berkata, pihaknya memastikan pematuhan SOP sentiasa diutamakan oleh semua pihak.

Katanya, ia bagi memastikan tidak akan wujudnya kluster baharu dalam kalangan pengunjung ketika melaksakan upacara sembahyang.

“Kebiasaannya lebih 300 orang akan hadir ke kuil ini esok namun kini hanya 50 orang saja yang dibenarkan.

“Selain itu, mereka yang dibenarkan datang juga perlu lengkap divaksinasi, memakai pelitup muka, pengambilan suhu badan dan menjaga penjarakan sosial sepanjang berada dalam kuil ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mathavan berkata, sambutan Deepavali kali ini hanya disambut secara sederhana namun beberapa aktiviti akan dibuat untuk memeriahkan Deepavali tahun ini.

“Kita akan lakukan aktiviti bersesuaian berdasarkan perancangan yang sedikit terbatas sejak pandemik Covid-19 tahun lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|