Rumah atas air roboh

Rumah atas air roboh

Sandakan: Sebuah rumah kayu atas air di Kampung Bokara, di sini, roboh dipercayai akibat tiang reput, hari ini.

Kejadian jam 3 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.04 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai serta sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kejadian membabitkan sebuah rumah berkeluasan 55 meter persegi yang mengalami kerosakan 100 peratus.

“Semua penghuni di dalam rumah berkenaan bagaimanapun dilaporkan selamat,: katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut di kawasan kejadian bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|