Penutupan empat blok Fasa 1 UUC

Penutupan empat blok Fasa 1 UUC

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengumumkan penutupan empat blok perumahan di University Utama Condominium (UUC) Fasa 1 yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip dalam kenyataannya berkata, penguatkuasaan yang pada mulanya hanya membabitkan fasa 2 perumahan berkenaan yang berkuatkuasa sejak 22 Julai hingga 4 Ogos depan.

Bagaimanapun katanya, mengambil kira lokaliti kes di kawasan itu, empat blok perumahan di fasa 1 turut dimasukkan dalam penguatkuasaan PKPD.

“Ia bagi menyekat pergerakan keluar masuk penduduk yang berisiko dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Oleh itu, sepanjang pelaksanaan PKPD ini, semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi,”’katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Kinabalu berkata, segala kesulitan amat dikesali.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|