1,066 kes Covid-19 di Sabah hari ini

1,066 kes Covid-19 di Sabah hari ini

Kota Kinabalu: Sabah hari ini mencatat kes baharu positif COVID-19 mencecah empat angka dengan sebanyak 1,066 kes, iaitu yang tertinggi setakat Januari hingga Julai tahun ini.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 290 kes berbanding 776 kes yang dicatatkan semalam.

Katanya, kes melalui saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang tertinggi dengan sebanyak 640 kes atau 60 peratus daripada jumlah kes keseluruhan hari ini.

“Seperti biasa, sarıngan kontak rapat adalah penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes (60 peratus) di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak paling tinggi sebanyak125 kes.

“Ini diikuti saringan bergejala yang mencatatkan 157 kes (14.7 peratus). Kluster sedia ada pula menambah 141 kes (13.2 peratus) manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6 peratus,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Katanya, sebanyak enam kematian berpunca daripada COVID-19 turut dilaporkan pada hari ini iaitu tiga di Beaufort dan masing-masing satu di Sandakan, Kudat serta Penampang, manakala 545 pesakit dilaporkan sembuh.

Kota Kinabalu kekal mencatat kes baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 206 kes, diikuti Tawau (171), Beaufort (87), Penampang (82), Tuaran (79), Keningau (77), Beluran (64), Sipitang (43), Sandakan (42), Kalabakan (36), Tenom (28), Kota Belud (23), Putatan (20), Ranau (19), Papar (17), Tongod 16, Kudat (15) dan Kunak (11).

Selebihnya ialah Kinabatangan (sembilan), Lahad Datu (tujuh), Kota Marudu (lima), Kuala Penyu (lima), Semporna (tiga) dan Tambunan (satu).

Hanya Telupid, Nabawan dan Pitas tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|