Rondaan ditingkatkan sepanjang tempoh ambang tahun baharu 2022

Rondaan ditingkatkan sepanjang tempoh ambang tahun baharu 2022

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkat rondaan serta pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh ambang tahun baharu 2022.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua Pesuruhjaya Polis Negeri dan Ketua Polis Negeri serta Ketua Polis Daerah sudah diarahkan supaya meningkat rondaan terutamanya di lokasi tumpuan.

Katanya, rondaan itu penting dalam memastikan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) sentiasa dipatuhi dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

“Ia bagi mengelakkan orang ramai berkumpul sehingga mencetuskan penularan wabak Covid-19.

“Tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Acryl berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan pematuhan SOP ditetapkan.

Katanya, kerjasama semua pihak amat dialu-alukan memandangkan pandemik Covid-19 masih menjadi ancaman kesihatan yang perlu dibendung.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|