Mohd Ali kekal Ketua USIA Labuan

Mohd Ali kekal Ketua USIA Labuan

Labuan: Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan, Mohd Ali @ Aliman Asmaran Mohamed Omar Bledram kekal menerajui USIA Bahagian Labuan bagi tempoh 2022 – 2024.

Beliau dipilih semula ke jawatan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Labuan kali ke-34/35 Sesi 2020 – 2021 yang diadakan di Dewan DSP Mohamed Bledram, di sini, baru-baru ini.

Mohd Ali Bledram

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian USIA Labuan pula disandang Sahari Amdan, manakala Naib Ketua Bahagian disandang Yahya Bakri, diikuti Setiausaha oleh Norliha Lamat dan Penolong Setiausaha, Norazaimah Kassim.

Bashir (duduk kiri) dan Mohd Ali (duduk kanan) bersama AJK USIA Bahagian Labuan Sesi 2022-2024.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masing-masing disandang oleh Osman Matusin dan Harris Abdullah.

Pada mesyuarat itu juga, Mohammad Abdullah, Prof Dr Harun Pudin, Samad Maidin, Ahmad Akil dan Jamal Ejob dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa USIA Labuan.

Dalam ucapannya, Mohd Ali menyeru masyarakat Islam terutama golongan muda untuk menyertai USIA Bahagian Labuan sebagai usaha memartabatkan lagi dakwah Islamiah selain melahirkan pemimpin pelapis masa depan.

Beliau berkata, USIA yang menjangkau usia setengah abad dengan matlamat utamanya untuk memperjuang dan menyebarkan dakwah Islam memerlukan lebih ramai ahli dan pemimpin pelapis agar pertubuhan itu dapat bertahan lama dan kekal relevan.

“Inilah kewajipan kita sebagai pemimpin untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam menyertai USIA terutamanya golongan muda kerana mereka inilah bakal pengganti kepimpinan masa depan.

“USIA Bahagian Labuan akan terus komited untuk memperjuangkan penyebaran dakwah agama Islam selaras dengan matlamat dan dasar penubuhan USIA,” katanya.

Mohd Ali tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ahli USIA yang berusaha gigih melaksanakan pelbagai program sepanjang Sesi 2020 – 2021.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|