Restoran jual lemon teh ais RM3.50, diberi notis justifikasi

Restoran jual lemon teh ais RM3.50, diberi notis justifikasi

Kota Kinabalu: Sebuah restoran di pusat bandar raya ini diberikan notis pengesahan maklumat harga selepas didakwa menjual minuman lemon teh ais sebanyak RM3.50 segelas.

Difahamkan, operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas menerima aduan daripada orang awam.


Penguat kuasa memeriksa restoran yang didakwa menjual lemon teh ais RM3.50.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial facebook KPDNHEP berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Katanya, siasatan dijalankan atas aduan pengguna yang mengadu harga minuman lemon teh ais dijual pada harga RM3.50 segelas.

“Berikutan itu, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan dikeluarkan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga 2011.

“Notis berkenaan dikeluarkan kepada pemilik perniagaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, peniaga berkenaan diberikan tempoh dua hari untuk memberikan maklumbalas justifikasi harga minuman berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|