Rebah sebelum meninggal dunia di premis restoran

Rebah sebelum meninggal dunia di premis restoran

Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung sebuah restoran di Taman Cantek, Lido, di sini, terkejut selepas melihat seorang lelaki tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri.

Panik dengan keadaan itu, seorang pengunjng restoran berkenaan terus bertindak menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan segera kira-kira jam

Difahamkan, orang ramai di lokasi kejadian juga bimbang untuk mendekati mangsa berikutan tidak mengetahui punca sebenar mangsa.

Menurut sumber, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dikatakan sering pergi ke kedai berkenaan terutamanya untuk bersarapan pagi berikutan premis berkenaan terletak berhampiran rumahnya.

“Pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi kejadian terus memeriksa keadaan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 pagi,” katanya.

Menurutnya, sepasukan polis dan KKM lengkap memakai PPE mengangkat mayat mangsa ke kenderaan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Queen Elizabeth I (HQEII) untuk pemeriksaan lanjut dan ujian saringan Covid – 19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|