Rancangan jangka panjang, pendek perlu diaktifkan demi jana ekonomi di Sandakan: Suhaimi

Rancangan jangka panjang, pendek perlu diaktifkan demi jana ekonomi di Sandakan: Suhaimi

Kota Kinabalu: Perancangan jangka pendek dan panjang perlu diperhalusi serta dilakukan oleh kerajaan hari ini dalam mengaktifkan semula sektor-sektor berkenaan yang mampu menjana ekonomi di daerah Sandakan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yang Dilantik, Suhaimi Nasir, meskipun daerah Sandakan sebelum ini dikenali sebagai destinasi mempunyai sumber flora dan fauna yang menjadi daya tarikan pelancong asing, perkara tersebut perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Jelasnya, usaha yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Menteri Kerja Raya Sabah yang memperkenalkan satu jawatankuasa pembangunan ekonomi dan pelaburan untuk daerah itu harus dipuji dalam memastikan program pembangunan lebih sistematik dan tersusun.

“Idea yang dicetuskan oleh Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang membentuk satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawatankuasa pembangunan ekonomi dan pelaburan sandakan, harus dipuji.

“Di mana melalui jawatankuasa ini bertindak sebagai merancang serta melaksanakan program pembangunan yang lebih sistematik untuk menjadikan Sandakan sebagai bandaraya kedua, di Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan di Sidang DUN Sabah, pada hari ini.

Mengulas lanjut, Suhaimi dalam pada itu menyuarakan daerah Sandakan juga mempunyai hubungan hub pendidikan namun demikian, rakyat masih terkeliru dengan aspek pencapaian sedia ada.

“Sebaik sahaja hub pendidikan ini dibentuk, kerajaan perlu mengheboh kepada umum status kejayaan dan selain melihat kepada beberapa kekurangan fasiliti yang masih diperlukan di kawasan ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|