Bot karam, dua hilang, dua terselamat

Bot karam, dua hilang, dua terselamat

Tenom: Seorang kanak-kanak dan lelaki berusia 50 tahun hilang selepas bot dinaiki karam dalam kejadian di Kampung Kalandos Pangi, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 10 dan 50 tahun dikatakan menaiki bot berkenaan bersama dua lagi mangsa terselamat di Sungai Padas, di sini, selepas memberi barangan keperluan di pekan Tenom.

Bagaimanapun, sebaik cuba menyeberangi sungai berkenaan, bot berkenaan dikatakan tiba-tiba terbalik disebabkan arus deras.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang.

Katanya, sepasukan tiga anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari mangsa terbabit.

“Ketika kejadian, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras. Dua mangsa iaitu lelaki warga emas dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri.

“Manakala dua mangsa lagi hanyut sebelum di bawa arus deras,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terpaksa menggunakan pengangkutan kereta api untuk ke lokasi kejadian.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|