PRU-15 diadakan hujung Julai 2022

PRU-15 diadakan hujung Julai 2022

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada akhir Julai tahun depan.

Perdana Menteri berkata, itu akujanji beliau untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baharu.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut di dahan kuasa, mandat akan dipulangkan kepada rakyat.

“Maka dengan itu, PRU-15 akan diadakan pada hujung Julai tahun depan,” katanya pada ucapan khas beliau petang ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk melaksanakan undi 18 tahun.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|