Progressive Insurance serah dividen RM6.6 juta kepada kerajaan Sabah

Progressive Insurance serah dividen RM6.6 juta kepada kerajaan Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri menerima dividen RM6.6 juta bagi tahun 2020 daripada syarikat miliknya, Progressive Insurance Bhd, hari ini.

Cek dividen berkenaan diterima Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor daripada Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Tan Sri Sukarti Wakiman di Menara Kinabalu.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Rusdin Riman; Timbalan Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Datuk Teo Poh Loon dan tiga pengarah syarikat berkenaan iaitu Paul Chong, Chee Shok Ting dan Mohamed Rifai Mohd Razi.

Hajiji berharap syarikat itu terus memajukan perniagaan agar kekal berdaya tahan dan mencatat keuntungan terutama ketika pandemik Covid-19.

Sementara itu, Sukarti turut menyatakan harapannya agar syarikat itu mencatat keuntungan yang lebih besar pada tahun akan datang supaya dapat terus memberi dividen kepada kerajaan negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|