Program vaksinasi diperhebat: Hajiji

Program vaksinasi diperhebat: Hajiji

Ini adalah program pertama tentera di Sabah yang diadakan bersama dengan program bergerak kerajaan (mobile outreach), Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan sukarelawan belia kampung tersebut.

Tongod, Nabawan dan Semporna akan menjadi destinasi Jiwa Murni yang seterusnya bermula bulan Julai hingga Ogos dan September pada tahun ini.

Memuji usaha tentera atas inisiatif ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat dilaksanakan di daerah lain untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

Beliau berkata, setakat 23 Jun, lebih daripada 350,000 orang telah menerima vaksin termasuk kira-kira 10,000 anggota tentera manakala lebih 30 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.

Hajiji (kanan) menyaksikan seorang penduduk yang menerima vaksin dalam program itu. (Gambar ihsan JKM Sabah)

“Kami berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap hari mulai bulan Julai ini, apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia,”katanya.

Terdahulu, dalam taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Sipitang, Ag Raimy Pg Abdul Rahman, Ketua Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM570,000 untuk dua jambatan gantung, gereja, pos tentera dan menaiktaraf sekolah.

Hadir sama adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr Zulkapli Mohammad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|