Program vaksinasi DBKK di Padang Merdeka

Program vaksinasi DBKK di Padang Merdeka

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan program vaksinasi secara ‘walk in’ di Padang Merdeka selama tiga hari.

Program berkenaan akan diadakan pada jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang setiap hari bermula esok sehingga Rabu depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata, program berkenaan diadakan khusus untuk penerima vaksin dos pertama.

Katanya, program diadakan bagi mencapai sasaran 100 peratus warga di bandaraya ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

“Orang ramai dialu-alukan supaya mengambil peluang ini untuk mendapatkan vaksin dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

“DBKK berharap agar masyarakat di bandaraya ini dapat memberi kerjasama bagi menjayakan program berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Noorliza berkata, masyarakat juga disarankan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mempercepatkan proses vaksinasi berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|