Lajim miliki ciri-ciri pemimpin disenangi rakyat

Lajim miliki ciri-ciri pemimpin disenangi rakyat

Kota Kinabalu: Datuk Seri Lajim Ukin disifatkan sebagai seorang pemimpin yang hebat dan memiliki ciri-ciri yang disenangi rakyat di peringkat akar umbi.

Perkara itu diakui bekas Setiausaha Akhbar Lajim, Jaafar Wahid ketika bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias itu menjadi Timbalan Ketua Menteri pada 2003.

Beliau yang juga bekas Pegawai Khas Lajim antara 2004 hingga 2012, berkata Lajim juga dikenali dengan sikapnya yang mesra dan sentiasa prihatin kepada rakyat.

“Allahyarham adalah seorang pemimpin politik yang hebat di Sabah yang satu-satunya memiliki ciri-ciri pemimpin disenangi oleh masyarakat akar umbi.

“Sebab itu saya sendiri sangat sedih apabila menerima berita mengenai pemergian Allayarham pagi tadi. Beliau seorang tokoh dan pemimpin yang begitu mesra dan prihatin terhadap rakyat,” katanya, di sini.

Katanya, pemergian Lajim pasti dirindui rakyat terutama rakyat di Beaufort dan rakan politik lain di seluruh negara.

Lajim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meninggal dunia di Hospital KPJ Sabah pada jam 6.23 pagi tadi.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak 13 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19 sehari sebelum itu.

Keadaan kesihatannya dilaporkan merosot pada Isnin lalu sebelum beliau ditidurkan sejak Selasa sebelum dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Jenazah Allayarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kebatu, Beaufort pada jam 1.50 tengah hari tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|