Program advokasi pengguna ‘Screen Shopping’

Program advokasi pengguna ‘Screen Shopping’

Kota Kinabalu: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah cawangan Tuaran akan mengadakan advokasi pengguna secara dalam talian, 13 Ogos depan.
 
Ketua Cawangan KPDNHEP Tuaran, Saripuddin Moleng berkata, program advokasi itu menyasarkan pembabitkan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Sabah membabitkan ahlinya iaitu 50 hingga 100 penyertaan.
 
Katanya, Penasihat Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, Datuk Amisah Yassin dan Presidennya, David Chan juga dijangka akan menyertai Program Advokasi Pengguna.
 
“Penceramah yang akan turut serta terdiri daripada Penasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPKK) Kota Kinabalu, Victor Sabin.

“Beliau sendiri akan mengendalikan program berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, dii sini, hari ini.
 
Saripuddin berkata, program ini antara lain menumpukan terhadap urusniaga pembelian barang melalui dalam talian yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat atau pengguna.
 
“Program ini juga diharapkan akan memberikan panduan dan tatacara yang patut diketahui oleh para pengguna.

“Pihak KPDNHEP akan menyediakan hadiah berjumlah RM250.00 kepada lima orang peserta yang bertuah dalam program tersebut melalui kuiz yang akan dijalankan dalam tempoh program berjalan,” katanya.

Program Advokasi Pengguna ‘Screen Shopping’ itu akan bermula pada jam 9.30 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|