PRN Sarawak: GPS capai majoriti mudah jam 8.45 malam

PRN Sarawak: GPS capai majoriti mudah jam 8.45 malam

Kuching: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah memenangi 45 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak setakat jam 8.45 malam ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jumlah yang sudah dimenangi itu melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi keseluruhan DUN Sarawak.

Ia bermakna GPS sah sudah mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekali gus kembali memerintah Sarawak.

Setakat jam yang sama, hanya dua kerusi dimenangi parti pembangkang, kedua-duanya oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|