PRN Sarawak: Ali Biju tarik diri, BERSATU Sarawak hargai keputusan

PRN Sarawak: Ali Biju tarik diri, BERSATU Sarawak hargai keputusan

Kuching: Keputusan calon Bebas DUN Krian, Datuk Ali Biju menarik diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak disambut baik oleh pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri itu.

Menurut Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU negeri, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, keputusan tersebut dilihat suatu tindakan contoh dalam menghormati perjuangan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

“Keputusan ini walaupun mungkin agak sukar bagi beliau tetapi dipandang tinggi oleh Presiden Parti BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga BERSATU Sarawak yang amat menghargai keputusan dan pengorbanan yang dilakukan beliau ini.

” Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan keputusan yang beliau ambil ini adalah selaras dengan keputusan Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu yang membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak kali ini demi kestabilan politik dan semangat setiakawan dengan GPS.

“Saya juga juga ingin mengucapkan rasa syukur akan pengorbanan beliau ini adalah berdasarkan persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati di antara PN dan YAB Tan Sri Abang Johari Abang Openg selaku Pengerusi GPS dan oleh itu tindakan beliau ini adalah untuk meneruskan dan memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara PN dan GPS, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, Ali Biju yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusi DUN Krian yang dimenanginya pada tahun 2016.

Tindakan tersebut terdahulu mengundang kontroversi dengan Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg membidas semangat setiakawan di antara BERSATU dan GPS dalam PRN Sarawak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|