Covid-19 Sabah: Guru cetus kluster baharu Covid-19 di Ranau

Covid-19 Sabah: Guru cetus kluster baharu Covid-19 di Ranau

Kota Kinabalu: Satu lagi kluster Covid-19 berkaitan jangkitan dalam institusi pendidikan dilaporkan di Sabah, hari ini.

Kluster Debut Timbua di daerah Ranau itu dilapor berpunca daripada seorang guru lelaki yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan kendiri, baru-baru ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata siasatan dan saringan lanjut dalam kalangan kontak rapat kemudian mendapati seramai 31 orang lagi dijangkiti.

“Kesemua pesakit telah diasingkan dan dirawat sewajarnya. Antara lokaliti yang terlibat dengan kluster ini ialah Asrama SMK Timbua, Kuarters SMK Timbua dan Kuarters Sekolah Menengah Agama (SMA) Mohd Ali,” katanya.

Semalam, Sabah merekodkan Kluster Jalan Tuaran Bakut yang juga membabitkan institusi pendidikan iaitu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent di Tuaran.

Dalam pada itu, Masidi berkata Sabah mencatat peningkatan sebanyak tujuh kes hari ini berbanding semalam menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 329 kes.

Katanya, daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan 73 kes, diikuti Tuaran (53 kes), Penampang (31 kes) dan Ranau (23 kes).

“Salah satu daerah dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’ iaitu Kota Belud terkeluar daripada kumpulan tersebut apabila mencatat cuma 16 kes hari ini.

“Sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada angka satu digit sahaja dan satu daerah iaitu Semporna tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

Katanya, sebanyak 15 daerah mencatat peningkatan kes harian tetapi dengan dua daerah menunjukkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Kota Kinabalu dan Penampang.

Sebanyak 11 daerah lagi katanya mencatat penurunan kes dengan tiga daripadanya menunjukkan penurunan dua angka iaitu Tuaran, Beaufort dan Ranau.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 9 Disember 2021
Sabah 329 ( 322)
Malaysia 5,446 (5,020)

Kota Kinabalu 73 (53)
Tuaran 32 (55)
Penampamg 31 (20)
Ranau 23 (34)
Papar 19 (11)
Keningau 18 (23)
Putatan 17 (15)
Kota Belud 16 (25)
Sandakan 13 (11)
Tenom 11 (8)
Kudat 10 (6)
Kinabatangan 9 (0)
Beaufort 8 (21)
Kuala Penyu 6 (7)
Kota Marudu 6 (11)
Tongod 5 (0)
Tawau 5 (3)
Kunak 4 (0)
Sipitang 4 (6)
Pitas 4 (5)
Kalabakan 4 (0)
Tambunan 3 (3)
Lahad Datu 3 (2)
Telupid 2 (0)
Nabawan 2 (0)
Beluran 1 (2)
Semporna 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 8 Disember 2021

Kluster Baharu
Kluster Debut Timbua,
Ranau 32 (+11)
(Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|