Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 18 Disember depan sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 dengan tempoh berkempen selama 12 hari.
Dalam sidang media di Kuching hari ini, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember depan, diikuti pengundian awal pada 14 Disember.
PRN Sarawak diadakan berikutan penamatan Proklamasi Darurat berkaitan usaha menangani Covid-19 di negeri itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November lalu.
Penamatan darurat itu secara tidak langsung menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar berikutan tempoh DUN Sarawak sekarang sudah tamat pada 6 Jun lalu.
Sarawak mempunyai 82 kerusi DUN dengan 72 daripadanya dikuasai Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah negeri itu ketika ini.
-Deasoka